Sunday, May 8, 2011

Senaman Kempiskan Perut

Menurut kajian senaman adalah baik untuk kesihatan. Selain dari itu, senaman juga dapat membantu dalam pengurusan berat badan sekaligus mengempiskan perut.

Satu sesi senaman perlulah dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit. Apabila seseorang telah biasa dengan senaman selama 30 minit, masa senaman boleh ditingkatkan contohnya sehingga 60 minit.

Senaman adalah dicadangkan untuk dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali dalam masa seminggu. Kekerapan melakukan senaman dalam seminggu juga boleh ditingkatkan sehingga 6 kali seminggu.

Namun begitu, sediakan masa rehat sekurang-kurangnya 1 hari dalam seminggu untuk mengelakkkan dari berlakunya sebarang kecederaan atau terlebih bersenam

Pakcik ni walaupun sudah tua, masih mampu melakukan senaman push up dengan baik

Petua Kempiskan Perut

Petua kempiskan perut yang akan disertakan dalam blog ini adalah berkesan jika mengikutinya dengan konsisten. Nantikan petua di blog ini dari masa ke semasa. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila terus komen dan saya akan cuba menjawabnya

petua kempiskan perut
Seseorang yang mempunyai perut buncit berisiko untuk mendapat penyakit kronik