Showing posts with label Supplement. Show all posts
Showing posts with label Supplement. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Multivitamins and minerals

Salam dan hai. Lama dah saya tak update blog ni. Tiba-tiba nak update blog


Multivitamins & Minerals yang mendapat review yang tinggi tetapi tidak terdapat di Malaysia



Saya ada terbaca satu review multivitamin & mineral yang menyatakan ada sesetengah vitamin yang kita ambil tidak memberi kesan seperti yang kita jangkakan iaitu menyihatkan badan dan membantu badan berfungsi dengan baik sekaligus dapat membantu mengurangkan berat badan. Jika kita lihat review tentang multivitamin & mineral yang terdapat di sini,

http://www.multivitaminguide.org/

didapati banyak vitamin yang mendapat review yang tinggi susah didapati di Malaysia. Kalau ada pun mahal. Saya sedang mencari multivitamin yang bagus dan murah. Korang ada cadangan tak ? Sila ketengahkan. Terima kasih

Monday, May 16, 2011

Supplement untuk kempiskan perut

Di pasaran terdapat banyak supplement untuk menurunkan berat badan. Ada yang berkesan manakala ada pula yang tidak berkesan. Kali ini saya akan membincangkan tentang supplement yang dikatakan mampu untuk membantu mengurangkan lemak dari dalam badan jika seseorang itu mengamalkan diet seimbang dan senaman. Supplement itu adalah L-Carnitine.

L-Carnitine ini dapat membantu menghantar lemak ke dalam mitokondria di dalam otot untuk untuk penggunaan sebagai tenaga. Selain dari itu, L-carnitine dapat mengurangkan rasa penat semasa proses diet rendah kalori dan dapat mengurangkan selera makan.

Tambahan pula L-carnitine dapat memberi anda kekuatan untuk melakukan senaman seterusnya membina otot yang kemudiannya dapat meningkatkan kadar metabolisma. L-Carnitine juga dikatakan dapat menambahkan jisim tulang jika melakukan senaman.
Begitu banyak faedah yang dapat diperolehi dari L-carnitine dan ianya dapat membantu anda mengurangkan berat badan jika anda mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan pula mengharapkan perut kempis dengan hanya mengambil supplement.

Berusahalah.