Thursday, December 29, 2011

Multivitamins and minerals

Salam dan hai. Lama dah saya tak update blog ni. Tiba-tiba nak update blog


Multivitamins & Minerals yang mendapat review yang tinggi tetapi tidak terdapat di Malaysia



Saya ada terbaca satu review multivitamin & mineral yang menyatakan ada sesetengah vitamin yang kita ambil tidak memberi kesan seperti yang kita jangkakan iaitu menyihatkan badan dan membantu badan berfungsi dengan baik sekaligus dapat membantu mengurangkan berat badan. Jika kita lihat review tentang multivitamin & mineral yang terdapat di sini,

http://www.multivitaminguide.org/

didapati banyak vitamin yang mendapat review yang tinggi susah didapati di Malaysia. Kalau ada pun mahal. Saya sedang mencari multivitamin yang bagus dan murah. Korang ada cadangan tak ? Sila ketengahkan. Terima kasih

Monday, May 16, 2011

Supplement untuk kempiskan perut

Di pasaran terdapat banyak supplement untuk menurunkan berat badan. Ada yang berkesan manakala ada pula yang tidak berkesan. Kali ini saya akan membincangkan tentang supplement yang dikatakan mampu untuk membantu mengurangkan lemak dari dalam badan jika seseorang itu mengamalkan diet seimbang dan senaman. Supplement itu adalah L-Carnitine.

L-Carnitine ini dapat membantu menghantar lemak ke dalam mitokondria di dalam otot untuk untuk penggunaan sebagai tenaga. Selain dari itu, L-carnitine dapat mengurangkan rasa penat semasa proses diet rendah kalori dan dapat mengurangkan selera makan.

Tambahan pula L-carnitine dapat memberi anda kekuatan untuk melakukan senaman seterusnya membina otot yang kemudiannya dapat meningkatkan kadar metabolisma. L-Carnitine juga dikatakan dapat menambahkan jisim tulang jika melakukan senaman.
Begitu banyak faedah yang dapat diperolehi dari L-carnitine dan ianya dapat membantu anda mengurangkan berat badan jika anda mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan pula mengharapkan perut kempis dengan hanya mengambil supplement.

Berusahalah.

Siapa lebih cepat mengurangkan berat badan ? Lelaki atau Perempuan ?

Adakah anda pernah terfikirkan tentang perkara ini. Siapa lebih cepat mengurangkan berat badan ? Lelaki atau perempuan ? Who lose weight faster ? Men or Women ?

Siapa lebih cepat mengurangkan berat badan ? Lelaki atau perempuan ?


Jawapannya ialah, lelaki lebih mudah mengurangkan berat badan berbanding wanita. Ramai perempuan yang memikirkan ini adalah tidak adil tetapi inilah hakikatnya. Cuba lihat disekeliling anda adakah perkara yang disebut di atas ini  berlaku?

Lelaki lebih cepat dapat menurunkan berat badan kerana beberapa perkara:

1. Lelaki mempunyai lebih otot / muscle. Ini membolehkan lelaki membakar lebih kalori daripada perempuan walaupun sedang rehat atau tidur

2. Perempuan adalah lebih cenderung untuk menyimpan lemak. Perempuan mempunyai lebih tinggi kandungan estrogen, sejenis hormon yang bekerja untuk mengekalkan lemak di dalam badan perempuan supaya mereka lebih mudah mengandung. Ini membuatkan mereka mesti berusaha lebih daripada lelaki untuk mengurangkan berat badan

3. Lelaki lebih mudah bertindak balas dengan aktiviti senaman / exercise. Manakala perempuan yang cuba mengurangkan berat badan, sistem badannya berubah menjadi mod lapar di mana lemak cuba dikekalkan

4. Perempuan lebih susah untuk melakukan senaman. Ini kerana perempuan mempunyai paru-paru yang lebih kecil berbanding lelaki. Ini membuatkan perempuan akan berasa lebih penat daripada lelaki walaupun kadar intensiti senaman adalah sama.

Namun begitu, ini tidak bermakna adalah mustahil untuk perempuan menurunkan berat badan. Banyak contoh yang dapat kita lihat di mana rakan perempuan atau di iklan-iklan yang menunjukkan kejayaan perempuan mengurangkan berat badan.

Adalah lebih baik untuk kida tidak membandingkan perbezaan di antara setiap individu kerana setiap individu mempunyai kadar penurunan berat badan yang berbeza. Berusahalah untuk mencapai matlamat anda untuk lebih slim dan sekaligus mengempiskan perut.

Wednesday, May 11, 2011

Kalori makanan harian untuk mengurangkan berat badan

Setiap orang menggunakan kalori yang berlainan dalam sehari. Untuk menganggar kalori yang digunakan dalam sehari, ikut langkah seperti di bawah.


2. Pilih BMR & RMR calculator

2. Masukkan tinggi, berat, umur (pilih cm, dan kg. jangan salah unit pula) dan jantina (M = lelaki , F = perempuan)

3. Kemudian tekan butang calculate

4. Di ruangan bawah itu akan dipaparkan kadar BMR & RMR anda. Anda cuma perlu lihat pada ruangan BMR. Dan pilih kadar aktiviti anda seharian. Jika anda exercise 3 hari seminggu, anda pilih di barisan "lightly active"

5. Di bawah disertakan gambar menunjukkan contoh cara pengisian dan pemilihan kalori untuk orang lelaki, berumur 25 tahun dengan ketinggian 165 cm dan berat 75kg. BMR atau kalori yang diperlukan jika orang tersebut bersenam 3 kali seminggu ialah 2410 kcal

BMR & RMR Calculator

6. Untuk kurangkan berat badan dan kempiskan perut, anda perlu kurangkan 10-20% atau tolak 500kcal dari BMR anda selepas mendarap kadar aktiviti. Bagi contoh di atas, untuk mengurangkan berat badan dan mengempiskan perut, had kalori makanan ialah = 2410 - 500 = 1910kcal

Selamat mencuba dan selamat mengempiskan perut

Tuesday, May 10, 2011

Makanan terbaik untuk kempiskan perut

Berikut merupakan makanan terbaik dalam kategori makanan masing masing untuk menurunkan berat badan dan lemak:

Bijirin dan ubi

1. Oat
2. Keladi
3. Nasi Perang / Basmati
4. Ubi keledek

Sayur

1. Broccoli
2. Asparagus
3. Bayam
4. Salad hijau
5. Tomato
6. Cili besar hijau, kuning atau merah
7. Bawang
8. Cendawan
9. Timun

Lauk atau Lean Protein

1. Telur Putih
2. Whey atau Casein Protein (diproses daripada susu)
3. Dada ayam
4. Ikan salmon
5. Top round steak

Buah - buahan

1. Grapefruit
2. Epal
3. Blueberries
4. Oren
5. Pisang
6. Anggur
7. Strawberry
8. Nanas

Sunday, May 8, 2011

Produk kempiskan perut

Terdapat begitu banyak produk-produk untuk kempiskan perut dan mengurangkan berat badan di pasaran ketika ini. Ini membuatkan kita menjadi keliru untuk memilih produk yang sesuai. Namun begitu, tidak semua produk ini adalah berkesan atau dikaji akan keselamatan untuk menggunakannya.

Ada pula di antara produk kecantikan dan kesihatan yang berada di pasaran adalah bahaya untuk digunakan atau dimakan. Kita selalu mendengar produk kecantikan dan kesihatan yang mengandungi racun dan toksik kepada manusia dan telah diharamkan penjualannya

Banyak produk kecantikan di pasaran sehingga membuatkan kita menjadi keliru untuk memilihnya


Sebenarnya produk-produk ini bukanlah produk magic di mana dengan menggunakannya, kita boleh nampak hasilnya dengan cepat. Produk kecantikan atau supplement sebenarnya perlu disertakan dengan senaman yang baik dan diet yang sihat. Tidak mudah untuk seseorang itu untuk mencapai kejayaan melainkan dengan berusaha untuk memilikinya.

Saya akan cuba merungkai tentang produk-produk ini di post yang akan datang

Diet Kempiskan Perut

Diet anda sangat banyak mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan anda. Saya yakin tubuh badan yang ideal adalah 70% dipengaruhi oleh diet seharian.

Diet yang sihat dapat mengekalkan kesihatan seseorang dan juga mengurangkan kemungkinan untuk seseorang mendapat penyakit. Diet yang betul dan konsisten juga akan mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan
Makanan tanpa proses yang sihat


Manakala diet yang tidak sihat membuatkan anda menjadi gemuk dan berkemungkinan menghidap pelbagai penyakit
Nampak sungguh sedap tetapi makanan di atas kurang sihat
Apa makanan yang baik dan apakah pula makanan yang buruk? Perkara ini akan dibincangkan di masa yang akan datang. Nantikan ketibaannya