Showing posts with label Petua Kempiskan Perut. Show all posts
Showing posts with label Petua Kempiskan Perut. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Produk kempiskan perut

Terdapat begitu banyak produk-produk untuk kempiskan perut dan mengurangkan berat badan di pasaran ketika ini. Ini membuatkan kita menjadi keliru untuk memilih produk yang sesuai. Namun begitu, tidak semua produk ini adalah berkesan atau dikaji akan keselamatan untuk menggunakannya.

Ada pula di antara produk kecantikan dan kesihatan yang berada di pasaran adalah bahaya untuk digunakan atau dimakan. Kita selalu mendengar produk kecantikan dan kesihatan yang mengandungi racun dan toksik kepada manusia dan telah diharamkan penjualannya

Banyak produk kecantikan di pasaran sehingga membuatkan kita menjadi keliru untuk memilihnya


Sebenarnya produk-produk ini bukanlah produk magic di mana dengan menggunakannya, kita boleh nampak hasilnya dengan cepat. Produk kecantikan atau supplement sebenarnya perlu disertakan dengan senaman yang baik dan diet yang sihat. Tidak mudah untuk seseorang itu untuk mencapai kejayaan melainkan dengan berusaha untuk memilikinya.

Saya akan cuba merungkai tentang produk-produk ini di post yang akan datang

Diet Kempiskan Perut

Diet anda sangat banyak mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan anda. Saya yakin tubuh badan yang ideal adalah 70% dipengaruhi oleh diet seharian.

Diet yang sihat dapat mengekalkan kesihatan seseorang dan juga mengurangkan kemungkinan untuk seseorang mendapat penyakit. Diet yang betul dan konsisten juga akan mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan
Makanan tanpa proses yang sihat


Manakala diet yang tidak sihat membuatkan anda menjadi gemuk dan berkemungkinan menghidap pelbagai penyakit
Nampak sungguh sedap tetapi makanan di atas kurang sihat
Apa makanan yang baik dan apakah pula makanan yang buruk? Perkara ini akan dibincangkan di masa yang akan datang. Nantikan ketibaannya

Senaman Kempiskan Perut

Menurut kajian senaman adalah baik untuk kesihatan. Selain dari itu, senaman juga dapat membantu dalam pengurusan berat badan sekaligus mengempiskan perut.

Satu sesi senaman perlulah dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit. Apabila seseorang telah biasa dengan senaman selama 30 minit, masa senaman boleh ditingkatkan contohnya sehingga 60 minit.

Senaman adalah dicadangkan untuk dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali dalam masa seminggu. Kekerapan melakukan senaman dalam seminggu juga boleh ditingkatkan sehingga 6 kali seminggu.

Namun begitu, sediakan masa rehat sekurang-kurangnya 1 hari dalam seminggu untuk mengelakkkan dari berlakunya sebarang kecederaan atau terlebih bersenam

Pakcik ni walaupun sudah tua, masih mampu melakukan senaman push up dengan baik

Petua Kempiskan Perut

Petua kempiskan perut yang akan disertakan dalam blog ini adalah berkesan jika mengikutinya dengan konsisten. Nantikan petua di blog ini dari masa ke semasa. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila terus komen dan saya akan cuba menjawabnya

petua kempiskan perut
Seseorang yang mempunyai perut buncit berisiko untuk mendapat penyakit kronik