Monday, May 16, 2011

Supplement untuk kempiskan perut

Di pasaran terdapat banyak supplement untuk menurunkan berat badan. Ada yang berkesan manakala ada pula yang tidak berkesan. Kali ini saya akan membincangkan tentang supplement yang dikatakan mampu untuk membantu mengurangkan lemak dari dalam badan jika seseorang itu mengamalkan diet seimbang dan senaman. Supplement itu adalah L-Carnitine.

L-Carnitine ini dapat membantu menghantar lemak ke dalam mitokondria di dalam otot untuk untuk penggunaan sebagai tenaga. Selain dari itu, L-carnitine dapat mengurangkan rasa penat semasa proses diet rendah kalori dan dapat mengurangkan selera makan.

Tambahan pula L-carnitine dapat memberi anda kekuatan untuk melakukan senaman seterusnya membina otot yang kemudiannya dapat meningkatkan kadar metabolisma. L-Carnitine juga dikatakan dapat menambahkan jisim tulang jika melakukan senaman.
Begitu banyak faedah yang dapat diperolehi dari L-carnitine dan ianya dapat membantu anda mengurangkan berat badan jika anda mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan pula mengharapkan perut kempis dengan hanya mengambil supplement.

Berusahalah.

No comments:

Post a Comment