Setiap orang menggunakan kalori yang berlainan dalam sehari. Untuk menganggar kalori yang digunakan dalam sehari, ikut langkah seperti di bawah.
1. Lawat laman web ini http://www.caloriesperhour.com/index_burn.php
2. Pilih BMR & RMR calculator
3. Kemudian tekan butang calculate
4. Di ruangan bawah itu akan dipaparkan kadar BMR & RMR anda. Anda cuma perlu lihat pada ruangan BMR. Dan pilih kadar aktiviti anda seharian. Jika anda exercise 3 hari seminggu, anda pilih di barisan "lightly active"
5. Di bawah disertakan gambar menunjukkan contoh cara pengisian dan pemilihan kalori untuk orang lelaki, berumur 25 tahun dengan ketinggian 165 cm dan berat 75kg. BMR atau kalori yang diperlukan jika orang tersebut bersenam 3 kali seminggu ialah 2410 kcal
![]() |
BMR & RMR Calculator |
6. Untuk kurangkan berat badan dan kempiskan perut, anda perlu kurangkan 10-20% atau tolak 500kcal dari BMR anda selepas mendarap kadar aktiviti. Bagi contoh di atas, untuk mengurangkan berat badan dan mengempiskan perut, had kalori makanan ialah = 2410 - 500 = 1910kcal
Selamat mencuba dan selamat mengempiskan perut
No comments:
Post a Comment