Monday, May 16, 2011

Siapa lebih cepat mengurangkan berat badan ? Lelaki atau Perempuan ?

Adakah anda pernah terfikirkan tentang perkara ini. Siapa lebih cepat mengurangkan berat badan ? Lelaki atau perempuan ? Who lose weight faster ? Men or Women ?

Siapa lebih cepat mengurangkan berat badan ? Lelaki atau perempuan ?


Jawapannya ialah, lelaki lebih mudah mengurangkan berat badan berbanding wanita. Ramai perempuan yang memikirkan ini adalah tidak adil tetapi inilah hakikatnya. Cuba lihat disekeliling anda adakah perkara yang disebut di atas ini  berlaku?

Lelaki lebih cepat dapat menurunkan berat badan kerana beberapa perkara:

1. Lelaki mempunyai lebih otot / muscle. Ini membolehkan lelaki membakar lebih kalori daripada perempuan walaupun sedang rehat atau tidur

2. Perempuan adalah lebih cenderung untuk menyimpan lemak. Perempuan mempunyai lebih tinggi kandungan estrogen, sejenis hormon yang bekerja untuk mengekalkan lemak di dalam badan perempuan supaya mereka lebih mudah mengandung. Ini membuatkan mereka mesti berusaha lebih daripada lelaki untuk mengurangkan berat badan

3. Lelaki lebih mudah bertindak balas dengan aktiviti senaman / exercise. Manakala perempuan yang cuba mengurangkan berat badan, sistem badannya berubah menjadi mod lapar di mana lemak cuba dikekalkan

4. Perempuan lebih susah untuk melakukan senaman. Ini kerana perempuan mempunyai paru-paru yang lebih kecil berbanding lelaki. Ini membuatkan perempuan akan berasa lebih penat daripada lelaki walaupun kadar intensiti senaman adalah sama.

Namun begitu, ini tidak bermakna adalah mustahil untuk perempuan menurunkan berat badan. Banyak contoh yang dapat kita lihat di mana rakan perempuan atau di iklan-iklan yang menunjukkan kejayaan perempuan mengurangkan berat badan.

Adalah lebih baik untuk kida tidak membandingkan perbezaan di antara setiap individu kerana setiap individu mempunyai kadar penurunan berat badan yang berbeza. Berusahalah untuk mencapai matlamat anda untuk lebih slim dan sekaligus mengempiskan perut.

No comments:

Post a Comment