Di pasaran terdapat banyak supplement untuk menurunkan berat badan. Ada yang berkesan manakala ada pula yang tidak berkesan. Kali ini saya akan membincangkan tentang supplement yang dikatakan mampu untuk membantu mengurangkan lemak dari dalam badan jika seseorang itu mengamalkan diet seimbang dan senaman. Supplement itu adalah L-Carnitine.
L-Carnitine ini dapat membantu menghantar lemak ke dalam mitokondria di dalam otot untuk untuk penggunaan sebagai tenaga. Selain dari itu, L-carnitine dapat mengurangkan rasa penat semasa proses diet rendah kalori dan dapat mengurangkan selera makan.
Tambahan pula L-carnitine dapat memberi anda kekuatan untuk melakukan senaman seterusnya membina otot yang kemudiannya dapat meningkatkan kadar metabolisma. L-Carnitine juga dikatakan dapat menambahkan jisim tulang jika melakukan senaman.
Begitu banyak faedah yang dapat diperolehi dari L-carnitine dan ianya dapat membantu anda mengurangkan berat badan jika anda mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan pula mengharapkan perut kempis dengan hanya mengambil supplement.
Berusahalah.
Blog tentang petua kempiskan perut dan gaya hidup sihat. Diharap dapat berkongsi petua-petua yang terbukti berkesan di sini
Monday, May 16, 2011
Siapa lebih cepat mengurangkan berat badan ? Lelaki atau Perempuan ?
Adakah anda pernah terfikirkan tentang perkara ini. Siapa lebih cepat mengurangkan berat badan ? Lelaki atau perempuan ? Who lose weight faster ? Men or Women ?
Jawapannya ialah, lelaki lebih mudah mengurangkan berat badan berbanding wanita. Ramai perempuan yang memikirkan ini adalah tidak adil tetapi inilah hakikatnya. Cuba lihat disekeliling anda adakah perkara yang disebut di atas ini berlaku?
Lelaki lebih cepat dapat menurunkan berat badan kerana beberapa perkara:
1. Lelaki mempunyai lebih otot / muscle. Ini membolehkan lelaki membakar lebih kalori daripada perempuan walaupun sedang rehat atau tidur
2. Perempuan adalah lebih cenderung untuk menyimpan lemak. Perempuan mempunyai lebih tinggi kandungan estrogen, sejenis hormon yang bekerja untuk mengekalkan lemak di dalam badan perempuan supaya mereka lebih mudah mengandung. Ini membuatkan mereka mesti berusaha lebih daripada lelaki untuk mengurangkan berat badan
3. Lelaki lebih mudah bertindak balas dengan aktiviti senaman / exercise. Manakala perempuan yang cuba mengurangkan berat badan, sistem badannya berubah menjadi mod lapar di mana lemak cuba dikekalkan
4. Perempuan lebih susah untuk melakukan senaman. Ini kerana perempuan mempunyai paru-paru yang lebih kecil berbanding lelaki. Ini membuatkan perempuan akan berasa lebih penat daripada lelaki walaupun kadar intensiti senaman adalah sama.
Namun begitu, ini tidak bermakna adalah mustahil untuk perempuan menurunkan berat badan. Banyak contoh yang dapat kita lihat di mana rakan perempuan atau di iklan-iklan yang menunjukkan kejayaan perempuan mengurangkan berat badan.
Adalah lebih baik untuk kida tidak membandingkan perbezaan di antara setiap individu kerana setiap individu mempunyai kadar penurunan berat badan yang berbeza. Berusahalah untuk mencapai matlamat anda untuk lebih slim dan sekaligus mengempiskan perut.
![]() |
Siapa lebih cepat mengurangkan berat badan ? Lelaki atau perempuan ? |

Wednesday, May 11, 2011
Kalori makanan harian untuk mengurangkan berat badan
Setiap orang menggunakan kalori yang berlainan dalam sehari. Untuk menganggar kalori yang digunakan dalam sehari, ikut langkah seperti di bawah.
1. Lawat laman web ini http://www.caloriesperhour.com/index_burn.php
2. Pilih BMR & RMR calculator
3. Kemudian tekan butang calculate
4. Di ruangan bawah itu akan dipaparkan kadar BMR & RMR anda. Anda cuma perlu lihat pada ruangan BMR. Dan pilih kadar aktiviti anda seharian. Jika anda exercise 3 hari seminggu, anda pilih di barisan "lightly active"
5. Di bawah disertakan gambar menunjukkan contoh cara pengisian dan pemilihan kalori untuk orang lelaki, berumur 25 tahun dengan ketinggian 165 cm dan berat 75kg. BMR atau kalori yang diperlukan jika orang tersebut bersenam 3 kali seminggu ialah 2410 kcal
![]() |
BMR & RMR Calculator |
6. Untuk kurangkan berat badan dan kempiskan perut, anda perlu kurangkan 10-20% atau tolak 500kcal dari BMR anda selepas mendarap kadar aktiviti. Bagi contoh di atas, untuk mengurangkan berat badan dan mengempiskan perut, had kalori makanan ialah = 2410 - 500 = 1910kcal
Selamat mencuba dan selamat mengempiskan perut
Tuesday, May 10, 2011
Makanan terbaik untuk kempiskan perut
Berikut merupakan makanan terbaik dalam kategori makanan masing masing untuk menurunkan berat badan dan lemak:
Bijirin dan ubi
1. Oat
2. Keladi
3. Nasi Perang / Basmati
4. Ubi keledek
Sayur
1. Broccoli
2. Asparagus
3. Bayam
4. Salad hijau
5. Tomato
6. Cili besar hijau, kuning atau merah
7. Bawang
8. Cendawan
9. Timun
Lauk atau Lean Protein
1. Telur Putih
2. Whey atau Casein Protein (diproses daripada susu)
3. Dada ayam
4. Ikan salmon
5. Top round steak
Buah - buahan
1. Grapefruit
2. Epal
3. Blueberries
4. Oren
5. Pisang
6. Anggur
7. Strawberry
8. Nanas

Sunday, May 8, 2011
Produk kempiskan perut
Terdapat begitu banyak produk-produk untuk kempiskan perut dan mengurangkan berat badan di pasaran ketika ini. Ini membuatkan kita menjadi keliru untuk memilih produk yang sesuai. Namun begitu, tidak semua produk ini adalah berkesan atau dikaji akan keselamatan untuk menggunakannya.
Ada pula di antara produk kecantikan dan kesihatan yang berada di pasaran adalah bahaya untuk digunakan atau dimakan. Kita selalu mendengar produk kecantikan dan kesihatan yang mengandungi racun dan toksik kepada manusia dan telah diharamkan penjualannya
Sebenarnya produk-produk ini bukanlah produk magic di mana dengan menggunakannya, kita boleh nampak hasilnya dengan cepat. Produk kecantikan atau supplement sebenarnya perlu disertakan dengan senaman yang baik dan diet yang sihat. Tidak mudah untuk seseorang itu untuk mencapai kejayaan melainkan dengan berusaha untuk memilikinya.
Saya akan cuba merungkai tentang produk-produk ini di post yang akan datang

Banyak produk kecantikan di pasaran sehingga membuatkan kita menjadi keliru untuk memilihnya |
Sebenarnya produk-produk ini bukanlah produk magic di mana dengan menggunakannya, kita boleh nampak hasilnya dengan cepat. Produk kecantikan atau supplement sebenarnya perlu disertakan dengan senaman yang baik dan diet yang sihat. Tidak mudah untuk seseorang itu untuk mencapai kejayaan melainkan dengan berusaha untuk memilikinya.
Saya akan cuba merungkai tentang produk-produk ini di post yang akan datang
Diet Kempiskan Perut
Diet anda sangat banyak mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan anda. Saya yakin tubuh badan yang ideal adalah 70% dipengaruhi oleh diet seharian.
Diet yang sihat dapat mengekalkan kesihatan seseorang dan juga mengurangkan kemungkinan untuk seseorang mendapat penyakit. Diet yang betul dan konsisten juga akan mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan
Manakala diet yang tidak sihat membuatkan anda menjadi gemuk dan berkemungkinan menghidap pelbagai penyakit
Apa makanan yang baik dan apakah pula makanan yang buruk? Perkara ini akan dibincangkan di masa yang akan datang. Nantikan ketibaannya
Diet yang sihat dapat mengekalkan kesihatan seseorang dan juga mengurangkan kemungkinan untuk seseorang mendapat penyakit. Diet yang betul dan konsisten juga akan mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan
![]() |
Makanan tanpa proses yang sihat |
Manakala diet yang tidak sihat membuatkan anda menjadi gemuk dan berkemungkinan menghidap pelbagai penyakit
![]() |
Nampak sungguh sedap tetapi makanan di atas kurang sihat |
Senaman Kempiskan Perut
Menurut kajian senaman adalah baik untuk kesihatan. Selain dari itu, senaman juga dapat membantu dalam pengurusan berat badan sekaligus mengempiskan perut.
Satu sesi senaman perlulah dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit. Apabila seseorang telah biasa dengan senaman selama 30 minit, masa senaman boleh ditingkatkan contohnya sehingga 60 minit.
Senaman adalah dicadangkan untuk dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali dalam masa seminggu. Kekerapan melakukan senaman dalam seminggu juga boleh ditingkatkan sehingga 6 kali seminggu.
Namun begitu, sediakan masa rehat sekurang-kurangnya 1 hari dalam seminggu untuk mengelakkkan dari berlakunya sebarang kecederaan atau terlebih bersenam

Pakcik ni walaupun sudah tua, masih mampu melakukan senaman push up dengan baik |
Petua Kempiskan Perut
Petua kempiskan perut yang akan disertakan dalam blog ini adalah berkesan jika mengikutinya dengan konsisten. Nantikan petua di blog ini dari masa ke semasa. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila terus komen dan saya akan cuba menjawabnya
![]() |
Seseorang yang mempunyai perut buncit berisiko untuk mendapat penyakit kronik |
Subscribe to:
Posts (Atom)